Gunung berapi
Gunung berapi

Gunung berapi

Gunung berapi ialah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi. Aktiviti gunung berapi membabitkan penyemperitan batu yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.Gunung berapi biasanya terdapat di mana plat tektonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), ialah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (dikenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah rengkahan Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rengkahan Rio Grande di Amerika Utara. Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawaii. Menariknya, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.